Ni nak cerita la sikit pengalaman aku melawatAustralia tahun lepas... masa tu aku tengah pregnant 4 bulan la lebih kurang... nak ikutkan, bukannya aku ada duit sgt, tp masa tu aku dapat hadiah cabutan bertuah untuk Enrich members... dapat 2 tiket lagi, seronoknya x terkata...mana x nya, dapat naik First Class gitu....fuh, terasa macam orang kaya la, walaupun x de la kaya...hahahhaha!
Aku diberi pilihan samada hendak ke London atau ke Sydney, dan memandangkan pertukaran duit waktu tu tersangat la mahal, jadi aku decided utk ke Sydney...
Inilah jeti di mana aku menaiki feri untuk ke Opera House.
Ini pemandangan masa di di atas feri, on the way ke jeti yang berhampiran ke Opera House. Di belakang tu, Sydney Bridge, satu lagi mercu tanda Sydney.
Uniknya Sydney di mana polisnya bukan setakat naik kereta atau motor, tapi mereka ada Polis Berkuda. Kuda ni pun tau baca lampu isyarat, coz waktu nie diorang berenti sebab lampu merah. So sempat la aku amik gambar dari bilik yg kitorang duduk di Malaysian Student Department.
Taronga Zoo merupakan salah satu zoo yang ada di Australia, dan ianye terletak di sebuah pulau. So, kalau nak ke sini mmg kena naik feri. Punye la mahal kalau nak dibandingkan dengan Zoo Negara kat Malaysia. Tapi, sbb kononnya nak tengok mcm mana la rupa binatang2 yg ada kat Australia nie, wa hentam sajalah.
Ni koala betul tau! Jangan tertipu kalau nampak koala tu lepak dan tido je. Kalau nak tau, koala nie memang binatang yang malas, sbb dia akan tido sepanjang hari dan tak kesah apa pun yang berlaku di sekeliling.
Ingat nak gak tengok rupa kangaroo, tapi sbb dah letih sangat masa tu, aku pun dah tak larat nak jalan sbb zoo nya turun naik bukit, jadi laki aku pun cakap, x yah lah. Karang aku pengsan, dia pun x larat nak angkat. Hehehe...
Korang mesti tertanya2, sapa tourist guide kitorang, kan? Hehehhe.... Kitorang nak ucapkan bebanyak terima kasih pada sorang student Malaysia nie, sbb dia banyak tolong kitorang waktu di sana, walaupun dia sibuk dgn kelas di sana, tapi dia masih lagi sempat amik kitorang di Airport dan hantar ke Hostel tpt kitorang menginap.
So, inilah Hazwan, tourist guide kitorang kat sana. Kitorang pun sebenarnya tak kenal dgn dia nie, aku hanya berhubung dengan Hazwan melalui email, yang diberi oleh seorang rakan. Rakan aku ni pun x pernah jumpa dia, hanya berkenalan melalui ruangan chatting. Tapi, alhamdulillah, dengan adanya pertolongan Hazwan, mudah sikit perjalanan kami di sana. Tq dik.
Inilah pemandangan biasa yang ada di pantai-pantai Australia. Untuk para lelaki, jangan tengok lama-lama ye! :)