Wednesday, November 26, 2008

Sydney

Baru-baru ni, kawan baik aku balik dari Australia, dia kerja kat sana… best je rasa nye dapat melawat negara orang nie,kan!
Ni nak cerita la sikit pengalaman aku melawatAustralia tahun lepas... masa tu aku tengah pregnant 4 bulan la lebih kurang... nak ikutkan, bukannya aku ada duit sgt, tp masa tu aku dapat hadiah cabutan bertuah untuk Enrich members... dapat 2 tiket lagi, seronoknya x terkata...mana x nya, dapat naik First Class gitu....fuh, terasa macam orang kaya la, walaupun x de la kaya...hahahhaha!
Aku diberi pilihan samada hendak ke London atau ke Sydney, dan memandangkan pertukaran duit waktu tu tersangat la mahal, jadi aku decided utk ke Sydney...

Inilah antara tempat yang mesti dilawati kalau ke Sydney, Opera House di mana ia sebagai mercu tanda Sydney. Nak pergi Opera House nie ada 2 cara, smd jalan darat atau jalan laut. So, aku pilih untuk pergi ke sana dengan menaiki feri, sbb org kata boleh sight seeing. ;)


Inilah jeti di mana aku menaiki feri untuk ke Opera House.

Ini pemandangan masa di di atas feri, on the way ke jeti yang berhampiran ke Opera House. Di belakang tu, Sydney Bridge, satu lagi mercu tanda Sydney.


Bandar Sydney nie kira besar la, rasanya lebih besar dari KL tu. Ini gambar pintu masuk ke China Town yang terletak di pinggiran bandar Sydney. Orang kata, barang-barang kat sini murah. So kalau u guys nak beli cenderamata dari Sydney, boleh la datang ke sini.


Uniknya Sydney di mana polisnya bukan setakat naik kereta atau motor, tapi mereka ada Polis Berkuda. Kuda ni pun tau baca lampu isyarat, coz waktu nie diorang berenti sebab lampu merah. So sempat la aku amik gambar dari bilik yg kitorang duduk di Malaysian Student Department.


Ini pulak kesibukan bandar Sydney, namun begitu, semua pemandu memandu secara berhemah, cuma pemandu bas nya aje, agak brutal gak la....selalu gak cilok mencilok ni. Dasat coz sebahagian driver bus nie, pompuan. Kat sini, x de diskriminasi la, kalau org pompuan boleh buat, mereka akan diberi peluang yang sama mcm org lelaki dapat.

Ini pulak pintu masuk ke Paddy Field. Kalau ke sini, korang mesti ke sini, sbb barang2 kat sini sangat murah. Kalau nak beli cenderamata dengan banyak, beli kat sini, memang berbaloi!

Sambil tu, boleh beli buah-buahan fresh kat sini.


Taronga Zoo merupakan salah satu zoo yang ada di Australia, dan ianye terletak di sebuah pulau. So, kalau nak ke sini mmg kena naik feri. Punye la mahal kalau nak dibandingkan dengan Zoo Negara kat Malaysia. Tapi, sbb kononnya nak tengok mcm mana la rupa binatang2 yg ada kat Australia nie, wa hentam sajalah.




Ni koala betul tau! Jangan tertipu kalau nampak koala tu lepak dan tido je. Kalau nak tau, koala nie memang binatang yang malas, sbb dia akan tido sepanjang hari dan tak kesah apa pun yang berlaku di sekeliling.
Ingat nak gak tengok rupa kangaroo, tapi sbb dah letih sangat masa tu, aku pun dah tak larat nak jalan sbb zoo nya turun naik bukit, jadi laki aku pun cakap, x yah lah. Karang aku pengsan, dia pun x larat nak angkat. Hehehe...

Korang mesti tertanya2, sapa tourist guide kitorang, kan? Hehehhe.... Kitorang nak ucapkan bebanyak terima kasih pada sorang student Malaysia nie, sbb dia banyak tolong kitorang waktu di sana, walaupun dia sibuk dgn kelas di sana, tapi dia masih lagi sempat amik kitorang di Airport dan hantar ke Hostel tpt kitorang menginap.


So, inilah Hazwan, tourist guide kitorang kat sana. Kitorang pun sebenarnya tak kenal dgn dia nie, aku hanya berhubung dengan Hazwan melalui email, yang diberi oleh seorang rakan. Rakan aku ni pun x pernah jumpa dia, hanya berkenalan melalui ruangan chatting. Tapi, alhamdulillah, dengan adanya pertolongan Hazwan, mudah sikit perjalanan kami di sana. Tq dik.
Inilah pemandangan biasa yang ada di pantai-pantai Australia. Untuk para lelaki, jangan tengok lama-lama ye! :)

Wednesday, November 19, 2008

Kesibukan KL


2 hari lepas, aku lepak kat Hotel The Zon, ala...hotel di mana Datuk Siti buat pengumuman nak nikah beberapa thn yg lepas tu... Aku bukan sewa bilik kat situ, tp melawat ipar aku sekeluarga yg kebetulan berada di KL untuk berkursus... Hm, bukan susah sgt nak carik...kalau korang tau KLCC, dah senang la tu nak ke sana... jalan ke arah masjid KLCC tu, haa...dah nampak la signboard besar 'The Zon'...

Tapi, bukan tu yg aku nak cerita sebenarnya... petang tu, aku ke Pertama Kompleks...maklumlah, semenjak duduk Klang nie, jarang sekali ke KL, dah kebetulan kitorang kat The Zon tu, laki aku pun ajak ler ke Pertama, kononnya saje la jalan2 nak tengok kasut...

pergi tu, okay la...naik LRT dari Ampang Park turun kat Masjid Jamek...fuh...ramai giler orang berniaga sepanjang jalan dari Masjid Jamek tu, sampai la sepanjang2 jalan masjid india tu...pergh...larat x larat je la nak tengok barang2 yg ada.... perjalanan yg jauh dari masjid jamek ke Pertama, x de la rasa jauh sgt sbb sepanjang perjalanan tu, penuh org berniaga..so sambil berjalan, cuci mata...:)

Sampai Pertama, kitorang pun tengok2 la kasut yg ada kat situ...saje je tengok harga..bukannya nak beli pun.... dah habis tengok tu, g la Sogo yg terletak bersebelahan je ngan Pertama tu, minum2...fuh! minum kat SOGO...x kalah tu.... heheheh....

Jam pun dah menunjukkan jam 5.45 petang...kitorang pun nak balik la...kononnya nak kejar balik ke hotel sbb dah janji ngan budak2 nak bawak mandi swimming pool.... so kitorang pun plan nak naik teksi je...malas nak naik LRT, kononnya lambat...nak naik bas, x reti nak naik bas no berapa ... hehheheh..maklumlah, dah lama x lompat2 bas kat KL nie... so kitorang pun tunggu la teksi....

Yang menunggu punya la ramai... teksi pun x de yg nak berenti... so, kitorang pun decided utk jalan kaki balik ke hotel... pergh...cuba korang bayangkan...jalan kaki dari Pertama menuju ke KLCC......fuuhh....jauh giler.....



simpang nie, kira aku amik masa dah setengah jam la aku jalan.... masa tu dah pukul 6.30...org sibuk balik kerja....belakang aku tu, hotel Renaissance...


fuh, rasa macam tourist pun ada gak...hehehhe...sambil berjalan, amik gambar.... hehehhe...tapi di sebabkan kamera x bawak, so aku amik gambar pakai hp kamera je la....jadi la...sebagai bukti...

aku pun teruskan perjalanan, walaupun hujan.... bila nampak je bangunan KLCC, aku dah tau, destinasi yg dituju, makin hampir....walapun kaki dah sakit, hmm..belasah jelah....

sampai je hotel, dah pkl 7.00 mlm...hmm...x dapat gak la mandi swimming pool... tapi yg lucunya...terasa la kurus sikit badan sbb dah berjalan 10 km...hahahha.... tp mlm tu abg ipar belanja makan kat kedai thai...hahahah....sia2 jelah aku berjalan kaki tadi...kalori yg aku dah bakar td ptg...dengan sekelip mata je di ganti balik mlm tu gak....dengan masakan thai...hahhahha.....baru je ucap selamat tinggal pada lemak...mlm tu jugak dpt ucapan selamat datang kepada kalori....hehehe....



Friday, November 14, 2008

Hari yg malas!

Cuti-cuti mcm nie...malas pulak nak masak... tp, dah namanya pun pompuan...so, nak x nak kena la masak jugak...ingat nak masak yg simple-simple je..tp simple pun, berpeluh jugak la dibuatnya...

so, aku pun buat nasi goreng...ayam goreng..dan sambal... hmm..semuanya 'fattening'...aduhai...x jadik la misi aku nak menguruskan badan :)

Hmm...kalau dapat makan sushi, kan..best! Waktu2 mcm nie, teringat pulak kat Don Sushi...tp yg x best nya...kedai tu dah tutup....:( aku pun heran juge, nape tutup? nak kata x sedap....hmm...aku rasa lagi sedap berbanding sushi king...harganya? hmm...jauh lebih murah la daripada Sakae Sushi...





Yang aku heran, ramai giler yg beratur, sanggup tu..semata2 nak makan kat Sakae...ntah apa yg best nya ntah..aku pun x tau...tp, mungkin disebabkan servis nya kot! Ntah..selera masing2...





Aku survey kat internet, kot Don ada cawangan lain...hmm...tp hampeh! kecewa aku....cawangan satu lagi ada kat JB...TENSEN! nape la jauh sgt...dan nape la Don tutup!

Eidul Fitri 2008

Padan x? :D

Yahoo...! Raya datang lagi....Seronoknya nak raya....

Raya kali nie, aku kena balik rumah mertua...kesian gak kat hubby aku...tiap2 tahun asik beraya umah mak aku je di hari raya pertama...so, thn nie aku beralah sikit la...sambut pagi syawal di Pontian, Johor.

Sedih gak bile mengenangkan yang mak aku dan bapak aku je yg tinggal kat Klang...mana x nya, abg aku yg sulong, balik rumah mak mertuanya...begitu juga dengan abang yg no 2, adik aku pulak baru je dapat baby yg ke dua...so dia stay kat Bangi...dengan mak mertuanya juga yg dtg dari kampung...

Pada aku, beraya di mana x penting, asalkan dapat beraya bersama keluarga..di samping suami dan anak2 tercintaa...





Meriah juga raya di Johor...walaupun x semua adik beradik suami balik...tapi itu pun riuh juga... maklumlah, adik beradik ramai...kalau balik semua..mau pecah rumah mak tu...mana taknya.,..adik beradik je dah boleh buat team bola sepak..siap ada pemain simpanan lagi...:)





Ini la gambar ahli keluarga, 3 generasi yg ada di pagi raya 2008...di Johor...ramai, kan!:)



Yang herannya, ke mana saje aku pergi, ramai pulak yg menggunakan tema warna merah tahun nie...huh! salah pilih warna la tahun nie...bak kata salah sorang kawan aku, macam semut merah...hahhhahha...


belasah je la...yg penting, penat tau aku jahit batu kat keliling lengan dan tudung aku tu...cuma x nampak je dalam gambar...hehehhe...glamer la kononnya...

Raya haji x lama lagi...hopefully, everybody will enjoy it...Daaa.....